![]() |
![]() |
![]() |
Profesor Emeritus Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman
Pengerusi Kumpulan Syarikat Bostonweb
Tokoh Akademik Negara 2009 dan 2010
Bekas Penasihat Sains pertama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Prof. Emeritus Tan Sri Omar Abdul Rahman hari ini diumumkan pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara 2009 dan 2010.
Anugerah berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan ahli-ahli akademik dari institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berupa wang tunai bernilai RM80,000, sijil serta trofi itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 dan 2010.
Majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Omar merupakan pakar veterinar Malaysia pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah dan profesor pertama dilantik di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga penerima kepada lapan ijazah doktor kehormat dari dalam dan luar negara.
Antara profil lain yang pernah dipegang termasuk Timbalan Naib Canselor UPM (1982), Presiden Persatuan Pembedahan Veterinar Malaysia-Singapura, Persatuan Saintifik Malaysia, Persekutuan Kelab dan Akademi Saintifik Asia, Majlis Sains Asia dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Saintifik Rangkaian Dunia Ketiga.





